Tag Archives: Zionis-US-PBB

Zionis-US-PBB…????

8 Jun

Keganasan Rejim Zionis makin menjadi-jadi sejak akhir ini dengan mangsa seterusnya adalah rakyat Malaysia sendiri yang menjadi tahanan semasa misi bantuan kemanusian ke Gaza.

Mereka diseksa dan dituduh penjenayah ‘ bersenjatakan ubat-ubatan dan makananĀ ‘ untuk di hantar ke Gaza bagi membantu umat Islam di sana. Sekutu mereka Amerika Syarikat yang tentunya ‘ gembira ‘ dengan situasi ini kerana mereka berjaya menunjukkan mereka adalah ‘ Raja ‘ di dunia ini dengan terus menghalalkan perkara sedemikian terus berlaku.

Persoalannya, adakah PBB juga ‘ buta, pekak dan bisu ‘ untuk melihat apa yang berlaku sekarang ini? Adakah PBB telah menjadi ‘ pak turut ‘ kepada Amerika Syarikat dan sekutu takut untuk berbuat apa-apa?

Malaysia pula sekadar boleh mengutuk dan mengecam tindakan Rejim Zionis ini tapi tidak boleh berbuat apa-apa juga kerana tidak mendapat sokongan dari negara lain untuk mengambil tindakan kepada rejim ini. Paling tinggi pun Malaysia boleh boikot barangan Yahudi ini tapi sampai bila?

Marilah kita berdoa dan berhajat kepada Allah s.w.t agar diturunkan bala yang maha dasyat kepada Rejim Zionis dan sekutunya supaya terhapuslah mereka-mereka yang mengzalimi umat Islam ini dari muka bumi Allah ini….amin..

Ingatlah….Perjuangan Kita Belum Selesai….

Advertisements