Tag Archives: Syaitan di logo MU

Larangan Memakai Jersi Manchaster Utd (MU)

25 Jul

Berita bertarikh 22 Julai 2010 melalui Yahoo News di wartakan…

Pihak Majlis Agama Islam Malaysia memaklumkan bahawa Umat Islam di larang memakai jersi bolasepak kelab terkemuka England, Manchaster United ( MU ) kerana jersi tersebut mengandungi unsur-unsur kesesatan kepada pemakai jersi tersebut kerana mempunyai tanda syaitan ” Devil ” di dalam logo jersi tersebut.

Sila lihat dengan teliti di dalam lambang kelab ini mempunyai lambang syaitan memegang lembingnya.

Sila lihat dengan teliti di dalam lambang kelab ini mempunyai logo syaitan ” Devils ” yang sedang memegang tongkatnya

Mufti Perak, Dato Seri Harussani dan juga Penasihat Agama Negeri Johor, Dato Noh Gadot juga menyuarakan yang sesiapa yang memakainya terutamanya Umat Islam ini di kira haram dan di anggap bersekongkol untuk mempromosikan ” Devils ” tersebut.

Sila klik di bawah untuk keterangan lanjut…terima kasih..

http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=33267:dont-wear-devilish-man-utd-jersey-muslims-warned-&catid=19:newscommentaries&Itemid=100131

Jadi, kepada penyokong bolasepak Islam khususnya di harap dapat menghindarkan supaya tidak lagi memakai jersi ini kerana terang sekali yang ianya adalah bersifat ” subhah ” kerana secara tidak langsung kita telah pun menjadi berdosa di sebabkan memakai dan menyokong syaitan ini….nauzubillah…waallahualam…

p/s: TOLONG SEBARKAN KEPADA UMAT ISLAM LAIN TENTANG PERKARA BAIK INI….TERIMA KASIH….