Tag Archives: Kapal Israel Di Malaysia..

Kapal Israel Di Malaysia..????

10 Jun

Ni berita yang teman rasa bengang sangat dengan undang-undang di Malaysia, kejap marah..kecam…pastu dah sejuk ler pulak dah macam hangat-hangat tahi ayam tu ler….

Kapal kita yang ingin pergi menghantar bekalan ke Palestin telah di tahan di Israel dan segala barangan yang berada di atas kapal dirampas. Itu barangan makanan, ubatan dan bahan binaan sahaja dan mereka telah pun memberi ‘ warning ‘ awal-awal supaya tidak ada mana-mana kapal berada di perairan mereka, tetapi yang tak paham nya kenapa kapal Israel pulak diberi kebenaran untuk memasuki perairan kita semata-mata menggunakan alasan untuk berdagang ( rujuk surat khabar bertarikh 9 jun 2010 )¬†walhal kita tidak langsung mempunyai apa-apa hubungan dagangan dengan pihak Israel laknatullah ini?

Kalau kita mahu membantu negara Islam yang di tindas ( Palestin ) dengan bersungguh-sungguh, kita kena tunjukkan yang kita menentang sekeras-kerasnya tindakan mereka dengan tidak melayan apa-apa permintaan mereka pun untuk berada di negara kita…ini dah macam main ‘cak-cak’ pulak kejap marah sangat..mengutuk..mengecam…pastu permintaan mereka pulak di layan jer…memang tak paham ler teman…

p/s : sebab tu ler ramai yang suka dengan Malaysia…rakyat Malaysia ni pemurah dan baik-baik ler katakan….