Tag Archives: kanak-kanak hilang

KHIDMAT MASYARAKAT

22 Jul

I’m Back….Kanak-Kanak Hilang Muncul Kembali…

Setelah lama menyepi, akhirnya muncul kembali….penjenayah paling dikehendaki, penculik, perogol bersiri, pembunuh yang kejam dan sebagainya muncul melakukan misinya. Yang terbaru menjadi mangsa adalah kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun, berbangsa India, bernama Nisha Chandramohan telah hilang sejak 4 Jun 2010 sehingga sekarang masih gagal di temui.

Gambar kanak-kanak yang hilang

Kepada sesiapa yang menjumpai atau ternampak iras-iras wajah kanak-kanak ini ( yang pastinya wajah akan bertukar, mungkin di gunting botak ke atau muka di hitam kan ke atau apa-apa yang boleh di lihat berlainan dari asal ), sila terus menghubungi pihak polis yang berdekatan ATAU dail 999, ATAU terus menghubungi keluarganya iaitu bapanya,  En. Chandramohan 016-9353400 seberapa SEGERA.

Semoga rakyat Malaysia mampu berkerjasama untuk membendung gejala jenayah berat ini supaya tidak terus menguasai kehidupan kita seharian. Amalkan lah sikap 1Malaysia yang di bawa oleh PM kita dalam hidup kita supaya hidup kita sentiasa sejahtera.