Tag Archives: Bola & Gadoh

Bola dan Gadoh…

13 Jun

Orang kata le, kalau kita bersukan, bermain bola badan kita akan sihat, tak cepat sakit-sakit tapi pada teman lain pulak pendapat teman ni..

Piala Dunia baru je bermula 2 hari tapi gadoh pun dah banyak dah sampai 2 kad merah dan entah berapa banyak dah kad kuning nye ni….tu bola sepak punya penangan…

Hari ni teman cuti, teman pergi le tengok ada pertandingan bolasepak kat tempat teman ni, namanya ‘ Bolasepak Piala Perpaduan’ tu le tajuk pertandingan yang di beri tapi yang peliknya tak macam ada perpaduan pun..

Ada le 1 game ni antara 2 pasukan india, 1 dari tempat  teman ni pastu 1 lagi dari luar le, main punya main tiba-tiba pasukan dari tempat teman ni ter ‘tackel’ le kaki pasukan luar tu apa lagi gadoh pun start le…yang hairan nya bukan orang yang kena tu yang mulakan pergaduhan tu tapi orang yang buat tackle tu yang start dulu…apa lagi perang le atas padang tu…siap adengan kejar-mengejar, terajang-menerajang, tumbuk-menumbuk le.. 1 pasukan pun masuk campur gaduh le..lebih kurang 15 minit jugak gaduh tu…ni ‘first time’ teman tengok gadoh yang paling lama dalam bolasepak…

Ingatkan lepas tu dah selesai ler….sebab game pun di kira terbatal so permainan pun di tamatkan…rupanya keluar je kedua-dua ‘team’ dari padang, penyokong pulak datang campurtangan gadoh pulak…siap pakai helmet lagi tu pukul-memukul, tumbuk terajang, dah macam filem perang pun ada dah, nasib baik tak pakai pedang kalau tak ada yang putus kepala ni…dasyat giler..( macam kata Awei dalam Zombei Kampung Pisang tu.. ). Ada le sorang pemain pasukan luar tu bengkak kepala di bantai dengan helmet tu….jadi semua perlawanan di berhentikan seketika sebab nak menyelesaikan ‘masalah sakit jiwa’ dia orang ni.

Lepas lebih kurang 15 minit bergaduh, bertekak dan tak puashati entah apa entah penyokong yang ‘sakit jiwa’ tu…selesai ler gadoh tu dengan campurtangan pihak polis yang lalu dekat situ…pasukan yang kalah semasa permainan berlangsung tadi tu di suruh balik untuk elak bergadoh beso lagi….nasib baik ada polis kalau tak ada, dah tentu ambulan yang datang kan….

Gitu le ragam bolasepak, lumrah nya mesti ada gadoh punya…tak gadoh besar mesti ada cikit-cikit punya tolak menolak and maki hamun kan…so cam ne sukan ni ada sihat ke tak ni…‘conpus’ teman di buatnya….

p/s:    nak rebut Piala Dunia pun tak gadoh beso macam ni kan…Piala Perpaduan apa ke benda nya ni…boleh bagi nama Piala Gado-Gado dah ni…( ni citer betoi-betoi punya bukan rekaan semata-mata ni ye )