Wahai Negara Islam….

10 Jun

Teman menulis artikel ini ketika ini sambil berasa sebak, sedih dan terharu mengenangkan kezaliman Israel dan sekutunya terus-terusan menindas negara Islam di bumi Allah ini.

Kebiadapan Amerika yang mengecam dan mengugut negara Islam, Iran untuk tidak melakukan ujian senjata nuklearnya adalah yang terbaru. Mungkinkah mereka berasa takut yang Iran akan menentang mereka? Sebenarnya mereka ini takut dengan bayang-bayang mereka sendiri sahaja. Tidak ada mana-mana negara pun ingin berperang dengan mereka tetapi sebaliknya mereka masih menindas negara Islam yang lain.

Namun, yang menjadi pelik kenapa negara Islam yang lain tidak bangun untuk menentang kezaliman Amerika dan Israel ini? Mengapa Arab Saudi, Kuwait, Iraq dan negara Islam lain tidak bersatu mempertahankan Islam yang tercinta ini?  Adakah mereka menyokong tindakan rejim zionis dan sekutunya menghapuskan umat Islam di muka bumi ini?

Teman cukup terharu terhadap negara bukan Islam sendiri, Korea Selatan yang berpiket secara aman menentang kezaliman yang di lakukan oleh Israel terhadap Palestin dengan slogan ‘ Bebaskan Palestin ‘ tanpa di suruh hanya kerana cintakan keamanan sejagat tetapi negara Islam sendiri diam membisu, tidak berusaha untuk menyelamatkan bangsa sendiri.

Wahai negara Islam yang lain, teman amat-amat menyeru agar bersatu lah kita untuk menghapuskan Yahudi laknatullah ini dari bumi Allah kerana mereka bakal menghancurkan umat Islam, bangsamu sendiri dan akhirnya umat Islam akan pupus di muka bumi ini..bangun berjuang…Allahhuakbar..Allahhuakbar..Allahhuakbar…..

Advertisements

Zionis-US-PBB…????

8 Jun

Keganasan Rejim Zionis makin menjadi-jadi sejak akhir ini dengan mangsa seterusnya adalah rakyat Malaysia sendiri yang menjadi tahanan semasa misi bantuan kemanusian ke Gaza.

Mereka diseksa dan dituduh penjenayah ‘ bersenjatakan ubat-ubatan dan makanan ‘ untuk di hantar ke Gaza bagi membantu umat Islam di sana. Sekutu mereka Amerika Syarikat yang tentunya ‘ gembira ‘ dengan situasi ini kerana mereka berjaya menunjukkan mereka adalah ‘ Raja ‘ di dunia ini dengan terus menghalalkan perkara sedemikian terus berlaku.

Persoalannya, adakah PBB juga ‘ buta, pekak dan bisu ‘ untuk melihat apa yang berlaku sekarang ini? Adakah PBB telah menjadi ‘ pak turut ‘ kepada Amerika Syarikat dan sekutu takut untuk berbuat apa-apa?

Malaysia pula sekadar boleh mengutuk dan mengecam tindakan Rejim Zionis ini tapi tidak boleh berbuat apa-apa juga kerana tidak mendapat sokongan dari negara lain untuk mengambil tindakan kepada rejim ini. Paling tinggi pun Malaysia boleh boikot barangan Yahudi ini tapi sampai bila?

Marilah kita berdoa dan berhajat kepada Allah s.w.t agar diturunkan bala yang maha dasyat kepada Rejim Zionis dan sekutunya supaya terhapuslah mereka-mereka yang mengzalimi umat Islam ini dari muka bumi Allah ini….amin..

Ingatlah….Perjuangan Kita Belum Selesai….

Pelik Tapi Betoi Punye..

7 Jun

Apa dah jadi dengan bolasepak Malaysia ni yer..kita ni bukan nye masuk Piala Dunia ni pun..jangan kata nak masuk Piala Dunia ni, nak lepas dari pusingan kelayakan pun entah tahun bila pun tak tau ler…Piala Dunia punye pasal Liga Super kita pulak kena stop sebab apa pun tak tau ler…

Kalau Malaysia main di Piala Dunia tu lain ler citer nye..ni tak, kita pulak stop semata-mata nak tengok pasukan terbaik dunia bermain….kalau tengok pastu boleh ikut cara mereka main tak pe ler, seronok juga kita tengok Liga Super kita mampu meningkat taraf sikit….ni lepas jer Piala Dunia kita pulak masih main macam budak sekolah tingkatan 5 main bola , tak percaya???? tengok ler nanti…malu….malu….

Macam tu ler senario nye bolasepak kita yang malap ni kan, entah ler bila nak meningkat pun tak tau ler nak tunggu ayam jantan bertanduk kot..hahaha…pelik tapi betoi punye kan…

Halal Ke Tak Halal..???

7 Jun

Teman ni ada kemusykilan ler cikit..nak cerita pun rasanye patut kena cerita tapi kalau tak cerita pulak rasa macam tak kena jer..

Apa pendapat kawan-kawan teman yang lain yer..sama-sama kita pikir kan..Apa pendapat anda semua tentang makanan di Food Court di Jaya Jusco, Ipoh Parade dan beberapa kedai di dalam pasaraya tersebut yang kebanyakan nya makanan tu di jual oleh kaum Cina?? Halal ke tak ni??

Di Food Court tu sendiri teman tercari-cari tanda halal di setiap gerai tu, tapi satu pun teman tak jumpa. Tengok ramai jugak orang islam kita makan kat situ walaupun tak ada tanda halal tu..musykil betoi kan..ada kawan teman cakap memang ada tanda halal tu kat pintu masuk tu tapi teman tak nampak le pulak..orr mata teman dah juling kot..

Kat gerai-gerai dalam Jusco tu pulak, teman tengok ada yang bertanda halal tapi masalahnya tanda halal tu tak sama dengan yang di luluskan oleh Jabatan Agama, contohnye di gerai Johnny’s..macam tu jugak di tempat-tempat lain di sekitar Ipoh..contoh Old Town Coffee..Restoran 1919 dan macam-macam lagi kedai di Ipoh tu..pelik bin ajaib betoi ler yang Jabatan Agama pun satu tak periksa ler pulak restoran-restoran macam tu kan..

Apa-apa pun kita pikir kan sama-sama adakah ianya Halal atau Tak Halal untuk menyelamatkan umat islam kita dari tersalah makan dan menjadi punca akidah kita tersalah pulak yer..sayonara..

World Cup 2010

7 Jun

Peminat bolasepak dunia menantikan kejohanan terbesar bolasepak didunia, Piala Dunia 2010. Kini sudah tiba masanya, penyokong-penyokong pasukan masing-masing mencongak adakah pasukan mereka mampu menjulang Piala Dunia ini.

Siapakah antara pasukan ini mampu bergelar juara, Argentina, Sepanyol, Brazil, Jerman atau Belanda. Ini adalah pasukan pilihan saya yang mampu berada di separuh akhir. Jadi siapakah pilihan anda???

Sama-sama lah kita nantikan kejohanan terulung ini yang menobatkan pemain bertaraf dunia yang mampu menjulang pasukan masing-masing untuk terus bertaraf dunia.

Kepada peminat bolasepak Piala Dunia 2010 yang ingin melihat jadual kejohanan dan keputusan, sila klik worldcup. Sama-sama kita memeriahkannya..Bravoo..World Cup..