Arkib | Web Pautan RSS feed for this section

Analisis Piala Dunia 2010

17 Jun

Piala Dunia kali ini bermula dengan agak lembab kerana kurang jaringan gol yang dilakukan oleh pasukan ‘ favourite ‘ yang di penuhi bintang-bintang terkenal dunia seperti Lienol Messi, Fernando Torres, Didier Drogba dan beberapa bintang lain.

Di lihat juga pasukan ‘ favourite ‘ terkial-kial untuk berusaha mencari kemenangan pertama pada perlawanan pertama setiap kumpulan. Sepanyol yang di anggap boleh menjulang Piala Dunia kali ini tewas kepada pasukan kerdil Switzerland dengan Torres tidak berupaya menyerlah begitu juga David Villa dan lain-lain bintang mereka. Argentina juga menang tipis 1-0 dengan pasukan baru, Negeria, begitu juga Brazil yang boleh dianggap pasukan terbaik gagal mendapat gol yang mudah dengan pasukan pendatang baru di Piala Dunia, Korea Utara.

Kejutan juga berlaku dengan juara dunia di Jerman pada Piala Dunia 2006, Italy juga seri dengan Paraguay 1-1 begitu juga England yang di katakan salah satu pasukan mampu memberi tentangan sengit seri jaringan sama dengan USA.

Beberapa muka baru juga berada kali ini di Piala Dunia antaranya New Zealand, Slovakia, Slovania, Korea Utara dan Algeria, pasukan kerdil di dunia juga mampu mencuri slot bertanding.

Mengikut rekod, Piala Dunia di Jerman lebih menyerlah dari di Afrika Selatan ini kerana pada perlawanan pertama kumpulan di sana sejumlah 39 gol di jaringkan berbanding hanya 25 gol sahaja di Afrika dan 13 kemenangan 3 seri di Jerman berbanding 10 menang 6 seri di Afrika.

Manakala jaringan terbesar di Jerman pada perlawanan pertama setiap kumpulan adalah antara pasukan Sepanyol dengan Ukraine dengan 4-0 dan Jerman dengan Korea ( 4-2 ), berbanding hanya Jerman berjaya mengatasi Australia ( 4-0 ) di Afrika sahaja.

Adakah kerana bola bernama ‘Jabulani’ yang menjadi punca segala masalah ini tercetus dengan rungutan pasukan mengenai bola yang mengelirukan pemain atau setiap pasukan hilang idea pada temasya kali ini? Mari kita saksikan perlawanan kedua setiap pasukan pula, apa komen mereka nanti.

World Cup 2010

7 Jun

Peminat bolasepak dunia menantikan kejohanan terbesar bolasepak didunia, Piala Dunia 2010. Kini sudah tiba masanya, penyokong-penyokong pasukan masing-masing mencongak adakah pasukan mereka mampu menjulang Piala Dunia ini.

Siapakah antara pasukan ini mampu bergelar juara, Argentina, Sepanyol, Brazil, Jerman atau Belanda. Ini adalah pasukan pilihan saya yang mampu berada di separuh akhir. Jadi siapakah pilihan anda???

Sama-sama lah kita nantikan kejohanan terulung ini yang menobatkan pemain bertaraf dunia yang mampu menjulang pasukan masing-masing untuk terus bertaraf dunia.

Kepada peminat bolasepak Piala Dunia 2010 yang ingin melihat jadual kejohanan dan keputusan, sila klik worldcup. Sama-sama kita memeriahkannya..Bravoo..World Cup..