Arkib | Cerita Ku RSS feed for this section

Saham Oh Saham….

24 Jun

Hari ni kecoh tempat kerja teman pasal satu saham ni nama nya KEURO sebab ada pegawai teman di opis tu beli saham ni. Saham ni saham betoi tau ( bukan skim cepat kaya yee.. ) yang di kendali oleh sebuah syarikat di Malaysia untuk buat lebuh raya baru antara Banting, Selangor ke Taiping, Perak ( tapi ntah bila projek nak jalan tak tau ler dari tahun 2007 dah dengar projek ni dah..).

Kami ramai-ramai mula usik pegawai tu…” Macam mana saham hari ni OK ke tak, boleh aku join sekali…”.

Kemudian dia jawab.. ” dah naik dah dari 0.82 masa dibeli, sekarang dah 0.90 seunit”.

Aku pun sambung lagi.. ” tinggi tu aku ingat nak join, kalau cm tu tunggu sampai jatuh 0.60 seunit baru engkau bagitau kat aku, baru aku beli…”…lepas tu habis semua kawan kerja gelak ramai-ramai….ye le dah jatuh saham nak buat apa belikan, masa dia nak naik ler baru beli….macam-macam ada..saham oh saham…

p/s : hati tu tergerak jugak nak main saham ni tapi tak tau pulak, silap-silap terlingkup di buat nya…

Advertisements

Bola dan Gadoh…

13 Jun

Orang kata le, kalau kita bersukan, bermain bola badan kita akan sihat, tak cepat sakit-sakit tapi pada teman lain pulak pendapat teman ni..

Piala Dunia baru je bermula 2 hari tapi gadoh pun dah banyak dah sampai 2 kad merah dan entah berapa banyak dah kad kuning nye ni….tu bola sepak punya penangan…

Hari ni teman cuti, teman pergi le tengok ada pertandingan bolasepak kat tempat teman ni, namanya ‘ Bolasepak Piala Perpaduan’ tu le tajuk pertandingan yang di beri tapi yang peliknya tak macam ada perpaduan pun..

Ada le 1 game ni antara 2 pasukan india, 1 dari tempat  teman ni pastu 1 lagi dari luar le, main punya main tiba-tiba pasukan dari tempat teman ni ter ‘tackel’ le kaki pasukan luar tu apa lagi gadoh pun start le…yang hairan nya bukan orang yang kena tu yang mulakan pergaduhan tu tapi orang yang buat tackle tu yang start dulu…apa lagi perang le atas padang tu…siap adengan kejar-mengejar, terajang-menerajang, tumbuk-menumbuk le.. 1 pasukan pun masuk campur gaduh le..lebih kurang 15 minit jugak gaduh tu…ni ‘first time’ teman tengok gadoh yang paling lama dalam bolasepak…

Ingatkan lepas tu dah selesai ler….sebab game pun di kira terbatal so permainan pun di tamatkan…rupanya keluar je kedua-dua ‘team’ dari padang, penyokong pulak datang campurtangan gadoh pulak…siap pakai helmet lagi tu pukul-memukul, tumbuk terajang, dah macam filem perang pun ada dah, nasib baik tak pakai pedang kalau tak ada yang putus kepala ni…dasyat giler..( macam kata Awei dalam Zombei Kampung Pisang tu.. ). Ada le sorang pemain pasukan luar tu bengkak kepala di bantai dengan helmet tu….jadi semua perlawanan di berhentikan seketika sebab nak menyelesaikan ‘masalah sakit jiwa’ dia orang ni.

Lepas lebih kurang 15 minit bergaduh, bertekak dan tak puashati entah apa entah penyokong yang ‘sakit jiwa’ tu…selesai ler gadoh tu dengan campurtangan pihak polis yang lalu dekat situ…pasukan yang kalah semasa permainan berlangsung tadi tu di suruh balik untuk elak bergadoh beso lagi….nasib baik ada polis kalau tak ada, dah tentu ambulan yang datang kan….

Gitu le ragam bolasepak, lumrah nya mesti ada gadoh punya…tak gadoh besar mesti ada cikit-cikit punya tolak menolak and maki hamun kan…so cam ne sukan ni ada sihat ke tak ni…‘conpus’ teman di buatnya….

p/s:    nak rebut Piala Dunia pun tak gadoh beso macam ni kan…Piala Perpaduan apa ke benda nya ni…boleh bagi nama Piala Gado-Gado dah ni…( ni citer betoi-betoi punya bukan rekaan semata-mata ni ye )

Pelik Tapi Betoi Punye..

7 Jun

Apa dah jadi dengan bolasepak Malaysia ni yer..kita ni bukan nye masuk Piala Dunia ni pun..jangan kata nak masuk Piala Dunia ni, nak lepas dari pusingan kelayakan pun entah tahun bila pun tak tau ler…Piala Dunia punye pasal Liga Super kita pulak kena stop sebab apa pun tak tau ler…

Kalau Malaysia main di Piala Dunia tu lain ler citer nye..ni tak, kita pulak stop semata-mata nak tengok pasukan terbaik dunia bermain….kalau tengok pastu boleh ikut cara mereka main tak pe ler, seronok juga kita tengok Liga Super kita mampu meningkat taraf sikit….ni lepas jer Piala Dunia kita pulak masih main macam budak sekolah tingkatan 5 main bola , tak percaya???? tengok ler nanti…malu….malu….

Macam tu ler senario nye bolasepak kita yang malap ni kan, entah ler bila nak meningkat pun tak tau ler nak tunggu ayam jantan bertanduk kot..hahaha…pelik tapi betoi punye kan…

Halal Ke Tak Halal..???

7 Jun

Teman ni ada kemusykilan ler cikit..nak cerita pun rasanye patut kena cerita tapi kalau tak cerita pulak rasa macam tak kena jer..

Apa pendapat kawan-kawan teman yang lain yer..sama-sama kita pikir kan..Apa pendapat anda semua tentang makanan di Food Court di Jaya Jusco, Ipoh Parade dan beberapa kedai di dalam pasaraya tersebut yang kebanyakan nya makanan tu di jual oleh kaum Cina?? Halal ke tak ni??

Di Food Court tu sendiri teman tercari-cari tanda halal di setiap gerai tu, tapi satu pun teman tak jumpa. Tengok ramai jugak orang islam kita makan kat situ walaupun tak ada tanda halal tu..musykil betoi kan..ada kawan teman cakap memang ada tanda halal tu kat pintu masuk tu tapi teman tak nampak le pulak..orr mata teman dah juling kot..

Kat gerai-gerai dalam Jusco tu pulak, teman tengok ada yang bertanda halal tapi masalahnya tanda halal tu tak sama dengan yang di luluskan oleh Jabatan Agama, contohnye di gerai Johnny’s..macam tu jugak di tempat-tempat lain di sekitar Ipoh..contoh Old Town Coffee..Restoran 1919 dan macam-macam lagi kedai di Ipoh tu..pelik bin ajaib betoi ler yang Jabatan Agama pun satu tak periksa ler pulak restoran-restoran macam tu kan..

Apa-apa pun kita pikir kan sama-sama adakah ianya Halal atau Tak Halal untuk menyelamatkan umat islam kita dari tersalah makan dan menjadi punca akidah kita tersalah pulak yer..sayonara..