Archive | Julai, 2010

Komen Dari Pembaca Berkenaan Jersi MU

25 Jul

Salam kepada sahabat Islam ku….

Teman rasa amat sedih, marah dan amat kecewa dengan sikap umat Islam sendiri yang menidakkan fakta yang sahih lagi terang dinyatakan oleh para mufti dan ulamak kita yang pemakaian jersi Manchaster United ito bersifat mempromosikan ‘ syaitan ‘ seterusnya bersekongkol dengan para Yahudi.

Belum pun sempat teman terbitkan ke blog teman, tapi komen dari rakyat Malaysia sendiri ( tak tau le samada islam atau bukan ) begitu memeranjatkan sampai sanggup mengutuk dan mengeji pemimpin Islam kita dan mengatakan pemimpin Islam kita ini bodoh dan menyusahkan rakyat kita sendiri kerana senang-senang meletakkan HUKUM kepada semua benda.

Sila klik link ini untuk melihat komen-komen jahanam yang mengkritik pemimpin Islam kita ini…

http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=33287:anger-over-ban-on-devil-shirts-&catid=19:newscommentaries&Itemid=100131

Teman berasa amat marah dengan komen mereka ini kerana sanggup mengutuk umat Islam sendiri yang peranannya menjaga agama Islam yang suci ini dari tercemar dik angkara pihak Yahudi yang ingin menyesatkan umat Islam ini.

Marilah kita menyokong agar umat Islam tidak terus menerus tenggelam dalam dunia mereka sendir dan sedarlah yang kita ini adalah HAMBANYA bukan nya kita hidup selama-lamanya di atas bumi Allah ini….allahuakbar…allahuakbar…allahuakbar…

p/s: TOLONG SEBARKAN KEPADA UMAT ISLAM KITA….TERIMA KASIH….

Larangan Memakai Jersi Manchaster Utd (MU)

25 Jul

Berita bertarikh 22 Julai 2010 melalui Yahoo News di wartakan…

Pihak Majlis Agama Islam Malaysia memaklumkan bahawa Umat Islam di larang memakai jersi bolasepak kelab terkemuka England, Manchaster United ( MU ) kerana jersi tersebut mengandungi unsur-unsur kesesatan kepada pemakai jersi tersebut kerana mempunyai tanda syaitan ” Devil ” di dalam logo jersi tersebut.

Sila lihat dengan teliti di dalam lambang kelab ini mempunyai lambang syaitan memegang lembingnya.

Sila lihat dengan teliti di dalam lambang kelab ini mempunyai logo syaitan ” Devils ” yang sedang memegang tongkatnya

Mufti Perak, Dato Seri Harussani dan juga Penasihat Agama Negeri Johor, Dato Noh Gadot juga menyuarakan yang sesiapa yang memakainya terutamanya Umat Islam ini di kira haram dan di anggap bersekongkol untuk mempromosikan ” Devils ” tersebut.

Sila klik di bawah untuk keterangan lanjut…terima kasih..

http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=33267:dont-wear-devilish-man-utd-jersey-muslims-warned-&catid=19:newscommentaries&Itemid=100131

Jadi, kepada penyokong bolasepak Islam khususnya di harap dapat menghindarkan supaya tidak lagi memakai jersi ini kerana terang sekali yang ianya adalah bersifat ” subhah ” kerana secara tidak langsung kita telah pun menjadi berdosa di sebabkan memakai dan menyokong syaitan ini….nauzubillah…waallahualam…

p/s: TOLONG SEBARKAN KEPADA UMAT ISLAM LAIN TENTANG PERKARA BAIK INI….TERIMA KASIH….

KHIDMAT MASYARAKAT

22 Jul

I’m Back….Kanak-Kanak Hilang Muncul Kembali…

Setelah lama menyepi, akhirnya muncul kembali….penjenayah paling dikehendaki, penculik, perogol bersiri, pembunuh yang kejam dan sebagainya muncul melakukan misinya. Yang terbaru menjadi mangsa adalah kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun, berbangsa India, bernama Nisha Chandramohan telah hilang sejak 4 Jun 2010 sehingga sekarang masih gagal di temui.

Gambar kanak-kanak yang hilang

Kepada sesiapa yang menjumpai atau ternampak iras-iras wajah kanak-kanak ini ( yang pastinya wajah akan bertukar, mungkin di gunting botak ke atau muka di hitam kan ke atau apa-apa yang boleh di lihat berlainan dari asal ), sila terus menghubungi pihak polis yang berdekatan ATAU dail 999, ATAU terus menghubungi keluarganya iaitu bapanya,  En. Chandramohan 016-9353400 seberapa SEGERA.

Semoga rakyat Malaysia mampu berkerjasama untuk membendung gejala jenayah berat ini supaya tidak terus menguasai kehidupan kita seharian. Amalkan lah sikap 1Malaysia yang di bawa oleh PM kita dalam hidup kita supaya hidup kita sentiasa sejahtera.