Bola dan Gadoh…

13 Jun

Orang kata le, kalau kita bersukan, bermain bola badan kita akan sihat, tak cepat sakit-sakit tapi pada teman lain pulak pendapat teman ni..

Piala Dunia baru je bermula 2 hari tapi gadoh pun dah banyak dah sampai 2 kad merah dan entah berapa banyak dah kad kuning nye ni….tu bola sepak punya penangan…

Hari ni teman cuti, teman pergi le tengok ada pertandingan bolasepak kat tempat teman ni, namanya ‘ Bolasepak Piala Perpaduan’ tu le tajuk pertandingan yang di beri tapi yang peliknya tak macam ada perpaduan pun..

Ada le 1 game ni antara 2 pasukan india, 1 dari tempat  teman ni pastu 1 lagi dari luar le, main punya main tiba-tiba pasukan dari tempat teman ni ter ‘tackel’ le kaki pasukan luar tu apa lagi gadoh pun start le…yang hairan nya bukan orang yang kena tu yang mulakan pergaduhan tu tapi orang yang buat tackle tu yang start dulu…apa lagi perang le atas padang tu…siap adengan kejar-mengejar, terajang-menerajang, tumbuk-menumbuk le.. 1 pasukan pun masuk campur gaduh le..lebih kurang 15 minit jugak gaduh tu…ni ‘first time’ teman tengok gadoh yang paling lama dalam bolasepak…

Ingatkan lepas tu dah selesai ler….sebab game pun di kira terbatal so permainan pun di tamatkan…rupanya keluar je kedua-dua ‘team’ dari padang, penyokong pulak datang campurtangan gadoh pulak…siap pakai helmet lagi tu pukul-memukul, tumbuk terajang, dah macam filem perang pun ada dah, nasib baik tak pakai pedang kalau tak ada yang putus kepala ni…dasyat giler..( macam kata Awei dalam Zombei Kampung Pisang tu.. ). Ada le sorang pemain pasukan luar tu bengkak kepala di bantai dengan helmet tu….jadi semua perlawanan di berhentikan seketika sebab nak menyelesaikan ‘masalah sakit jiwa’ dia orang ni.

Lepas lebih kurang 15 minit bergaduh, bertekak dan tak puashati entah apa entah penyokong yang ‘sakit jiwa’ tu…selesai ler gadoh tu dengan campurtangan pihak polis yang lalu dekat situ…pasukan yang kalah semasa permainan berlangsung tadi tu di suruh balik untuk elak bergadoh beso lagi….nasib baik ada polis kalau tak ada, dah tentu ambulan yang datang kan….

Gitu le ragam bolasepak, lumrah nya mesti ada gadoh punya…tak gadoh besar mesti ada cikit-cikit punya tolak menolak and maki hamun kan…so cam ne sukan ni ada sihat ke tak ni…‘conpus’ teman di buatnya….

p/s:    nak rebut Piala Dunia pun tak gadoh beso macam ni kan…Piala Perpaduan apa ke benda nya ni…boleh bagi nama Piala Gado-Gado dah ni…( ni citer betoi-betoi punya bukan rekaan semata-mata ni ye )

Advertisements

7 Respons to “Bola dan Gadoh…”

  1. bujangs3 Jun 13, 2010 pada 10:59 pm #

    Bola oh bola…….

  2. bujangs3 Jun 13, 2010 pada 11:17 pm #

    wah…nie dah kira bagus…ada Piala Gado-gado plak…ingatkan makanan aje yang ada gado-gado..!!!

    • myblog33r Jun 15, 2010 pada 7:18 pm #

      tu le pasal…main gadoh jer dr main bola kan dah tentu dapat piala tu…hehehe

  3. Mr Bulat Jun 14, 2010 pada 2:12 pm #

    Dey tambhy……… aku laaaa
    World Cup kali ne banyak nye kad kuning dan 3 perlawanan sebelum ne 3 kad merah dah pengadil keluar di Afrika Selatan. Gamaknye sebab main kat Negara Afrika yang panas dan orangnye kulit itam, orang itam kat Malaysia pun ikut serta lee untuk gadoh…
    panas… panas

    • bujang3 Jun 17, 2010 pada 12:28 am #

      orang itam jangan le sebut…nanti tersedak member kita kat opis tu…!!!! Sensitip !!!! Ha.haaa.haaa!!!

  4. suri cahaya cinta Jun 23, 2010 pada 11:45 am #

    bolanya satu tapi yang kejarnya ramai..hehehe..

    klu kejar aweks cantik gak bro..hehee 😉

    • myblog33r Jun 23, 2010 pada 9:23 pm #

      kejar aweks???…mana aweks tu?? ok gak tu untung2 bujang3 tu dapat ler tambah 1 g kan..kan ker ckp bujang 3 lagi….hehehehh….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: